Thursday, 10 November 2016

Satay D'Mawar (Melaka)


Assalamualaikum..

Kali ini saya nak perkenalkan satu tempat makan yang tak asing lagi bagi penduduk di Malim Jaya terutamanya. Namanya ialah Satay D'Mawar yang terletak di Jalan Wangi 2, Taman Wangi. Yang pasti menu utamanya ialah satay yang menjadi kegemaran warga Melaka.



Inilah dia satay yang menjadi menu istimewa restoran ini. Di sini ialah satay kerang, ayam dan daging yang dijual 80 sen sebatang. Pilihan satay lain ialah perut (50 sen sebatang). Kesemua satay ini dibakar dengan elok dan tidak kering dan terlalu hangus. Rasanya pun lembut dan juicy. Kuah kacangnya pun sedap dan tak terlalu cair. Tak seperti tempat lain yang kuah kacangnya tiada rasa kerana dicampur dengan air.


Terdapat juga menu-menu lain yang menjadi pilihan orang ramai. Antaranya ialah mee goreng, bihun dan kuey tiaw basah dan pelbagai masakan panas yang lain. Pelanggan juga boleh menikmati sup tulang yang dihidang bersama nasi atau roti.

Tempat ini sangat sesuai dikunjungi pada waktu petang untuk suasana yang menyenangkan lebih-lebih lagi ketika minum petang dengan kawan-kawan atau keluarga. Kalau nak lepak ramai-ramai lebih elok pilih tempat di luar kerana ruang makan di dalam kedai ini agak kecil.

Jangan kata saya tak payung..

Sunday, 23 October 2016

The Chilli Kampung Food Court (Melaka)

Assalamulaikum.



 Kalau anda peminat makanan western saya cadangkan anda singgah ke warung ini yang diberi nama The Chilli Kampung Foodcourt. Ia terletak di Kuala Sungai Baru (berhampiran KUIM), Melaka. Ada sesetengah orang berpendapat makanan western tak mengenyangkan dan mahal. Tapi kalau anda makan di sini dah lah kenyang, harganya pun berpatutan dan sesuai untuk para pelajar juga.

  
Salah satu menu ialah Fish and Chip. Seperti yang lain ia juga dihidangkan bersama kentang goreng, sayur bersama sos mustard. Yang unik dan rare ialah ia dihidang bersama kacang panggang yang jarang ditemui dalam Fish n Chip yang lain. Kentang goreng pun besar dan banyak!


Ini pula hidangan yang dinamakan Meatball yang dibanjiri sos lada hitam bersama kentang goreng, kacang panggang dan sayur. Meatball ini rasanya seperti homemade dan diperap dengan resepi rahsia sebelum direbus dan dihidang. Rasanya memang tak liat dan segar kerana bukan seperti sejuk beku yang dibeli dari pasaraya.

Menu western yang lain termasuklah chicken chop, chicken mozarella, chicken marryland, lamb grill, giant sausage dan macam lagi. Masakan panas juga terdapat di sini. Anda juga akan dihidangkan dengan otak-otak enak sebelum membuat pesanan. Untuk minuman yang enak saya cadangakan anda pilih honey lemon untuk kesegaran dan kesihatan.

Friday, 21 October 2016

Kay Jay Briyani King (Negeri Sembilan)

Assalamualaikum



Kali ini saya nak kenalkan kepada anda salah satu tempat makan yang baru saja beroperasi dalam beberapa bulan lepas. Nama diberi ialah Kay Jay Briyani King yang terletak di Nilai. Ehh, bukan! Kedai ni bukan Yb Khairy Jamaluddin yang punya.. Ia merujuk kepada nama singkatan pemilik kedai ini iaitu Kay (isteri) dan Jay (suami).

Menu utama sudah semestinya Nasi Briyani Ayam, Daging dan Kambing. Segala ramuan rempahnya istimewa dan semestinya rasanya mestilah mantap!

Selain itu ada laksa johor dan mi rebus johor. Laksa johor ini menggunakan spagetti untuk rasa yang lebih lembut dan kena dengan kuahnya. Mi rebus ini menggunakan resepi asli yang pasti buat nak anda nak sepinggan lagi.


ABC ini menggunakan ramuan tradisional iaitu kembang semangkuk yang semakin dilupakan. Khasiatnya ialah dapat melegakan sakit tekak. Yelah, kadang2 bila minum air batu boleh terasa sakit tekak kan?

Menu istimewa yang lain ialah asam pedas, sup tulang, nasi ayam, rojak buah dan masakan panas. Cuba dulu baru tahu..



Wednesday, 19 October 2016

Warung Meh Singgah (Negeri Sembilan)

Assalamualaikum..

Hari ini saya nak perkenalkan warung yang sentiasa jadi tumpuan untuk sarapan pagi dan makan tengah hari iaitu Warung Meh Singgah. Ia terletak di Kuarters KLIA (simpang ke Kampung Jijan), Nilai, Negeri Sembilan.



Setiap pagi warung ini sentiasa dipenuhi masyarakat di kawasan ini. Ramai juga yang singgah ke sini untuk bersarapan sebelum ke tempat kerja. Bila tiba waktu tengah hari memang tak menang tangan tuan kedai melayan pelanggan. Maklumlah, kawasan di sini merupakan tumpuan bagi para penjawat awam seperti pegawai kastam, imegresen, staf klinik dan macam-macam lagi.




Yang istimewa ialah menu pagi di sini. Pilihan saya ialah nasi lemak, roti canai, lontong dan mee goreng. Pelanggan boleh pilih lauk apa yang mereka suka. Jika anda pilih nasi lemak + rendang ayam atau + paru goreng memang power!


Selain itu terdapat juga nasi goreng, bihun, dan kuey teow goreng. Nak tambah begedil dan telur goreng sebagai penambah perasa pun boleh.

Untuk makan tengah hari pula anda ada banyak pilihan yang awesome. Lauk paling special yang pernah disajikan ialah  ikan cencaru sweet sour, ikan keli berlada, masak lemak labu, ikan panggang dan macam-macam lagi. Memang tak rugi. Murah pun murah..






Sunday, 16 October 2016

Restoran Barkat Roti John (Melaka)

Assalamualaikum..

Restoran pertama yang menjadi pilihan saya ialah Restoran Barkat Roti John (Melaka).


Ia terletak di Kampung Lapan, Tengkera, Melaka, sangat-sangat hampir dengan Giant Bachang dan belakang Melaka Sentral. Jadi memang menjadi tumpuan orang yang berkunjung ke Melaka lah. Restoran ni agak besar kerana dibuka dalam 2 lot. Waktu operasinya sekitar jam 5 petang hingga 2 pagi.

Menurut tuan kedai, restoran ini dah lama dibuka sejak tahun 1974 lagi. Masa tu ia terletak di Pantai Puteri sehingga tahun 1994. Kemudian berpindah ke Cheng sehingga tahun 2013 dan akhirnya di sini sampailah sekarang. Memang legend lah.. B-)

Menu utama restoran ini tak lain tak bukan ialah roti john originalnya. Memang sedap dan rangup ditambah lagi dengan rasa ikan bilis yang cukup mantap!

Kebiasannya pelanggan di sini juga menantikan ayam golek mereka yang sangat sedap. Kena pula dengan sos, lagi terangkat! Pelanggan boleh memilih sama ada mahu separuh atau seekor ayam yang mahu dihidangkan.


Menu-menu sampingan lain termasuklah ikan bakar, asam pedas, soto dan masakan panas seperti pelbagai jenis mee dan nasi goreng.

Kalau dah cuba mesti licin semua pinggan!

Sunday, 9 October 2016

Intro dulu

Assalamualaikum..

 Image result

Tujuan saya menulis blog ini untuk membantu anda mencari tempat makan yang special. Kebanyakkannya di sekitar Melaka dan Negeri Sembilan, negeri yang kerap saya kunjungi.

Dengan blog ini saya harap dapat membantu anda yang dah buntu mencari tempat makan terutama bersama keluarga tersayang dan rakan-rakan. Tiada lagilah dialog seperti ini ...



Image result for nak makan mana

Sebut saja mana-mana tempat yang dah saya cadang, mereka pasti setuju punyalah!