Thursday, 10 November 2016

Satay D'Mawar (Melaka)


Assalamualaikum..

Kali ini saya nak perkenalkan satu tempat makan yang tak asing lagi bagi penduduk di Malim Jaya terutamanya. Namanya ialah Satay D'Mawar yang terletak di Jalan Wangi 2, Taman Wangi. Yang pasti menu utamanya ialah satay yang menjadi kegemaran warga Melaka.



Inilah dia satay yang menjadi menu istimewa restoran ini. Di sini ialah satay kerang, ayam dan daging yang dijual 80 sen sebatang. Pilihan satay lain ialah perut (50 sen sebatang). Kesemua satay ini dibakar dengan elok dan tidak kering dan terlalu hangus. Rasanya pun lembut dan juicy. Kuah kacangnya pun sedap dan tak terlalu cair. Tak seperti tempat lain yang kuah kacangnya tiada rasa kerana dicampur dengan air.


Terdapat juga menu-menu lain yang menjadi pilihan orang ramai. Antaranya ialah mee goreng, bihun dan kuey tiaw basah dan pelbagai masakan panas yang lain. Pelanggan juga boleh menikmati sup tulang yang dihidang bersama nasi atau roti.

Tempat ini sangat sesuai dikunjungi pada waktu petang untuk suasana yang menyenangkan lebih-lebih lagi ketika minum petang dengan kawan-kawan atau keluarga. Kalau nak lepak ramai-ramai lebih elok pilih tempat di luar kerana ruang makan di dalam kedai ini agak kecil.

Jangan kata saya tak payung..

1 comment: