Assalamualaikum..
Hari ini saya nak perkenalkan warung yang sentiasa jadi tumpuan untuk sarapan pagi dan makan tengah hari iaitu Warung Meh Singgah. Ia terletak di Kuarters KLIA (simpang ke Kampung Jijan), Nilai, Negeri Sembilan.
Setiap pagi warung ini sentiasa dipenuhi masyarakat di kawasan ini. Ramai juga yang singgah ke sini untuk bersarapan sebelum ke tempat kerja. Bila tiba waktu tengah hari memang tak menang tangan tuan kedai melayan pelanggan. Maklumlah, kawasan di sini merupakan tumpuan bagi para penjawat awam seperti pegawai kastam, imegresen, staf klinik dan macam-macam lagi.
Yang istimewa ialah menu pagi di sini. Pilihan saya ialah nasi lemak, roti canai, lontong dan mee goreng. Pelanggan boleh pilih lauk apa yang mereka suka. Jika anda pilih nasi lemak + rendang ayam atau + paru goreng memang power!
Selain itu terdapat juga nasi goreng, bihun, dan kuey teow goreng. Nak tambah begedil dan telur goreng sebagai penambah perasa pun boleh.
Untuk makan tengah hari pula anda ada banyak pilihan yang awesome. Lauk paling special yang pernah disajikan ialah ikan cencaru sweet sour, ikan keli berlada, masak lemak labu, ikan panggang dan macam-macam lagi. Memang tak rugi. Murah pun murah..



No comments:
Post a Comment