Restoran pertama yang menjadi pilihan saya ialah Restoran Barkat Roti John (Melaka).
Ia terletak di Kampung Lapan, Tengkera, Melaka, sangat-sangat hampir dengan Giant Bachang dan belakang Melaka Sentral. Jadi memang menjadi tumpuan orang yang berkunjung ke Melaka lah. Restoran ni agak besar kerana dibuka dalam 2 lot. Waktu operasinya sekitar jam 5 petang hingga 2 pagi.
Menurut tuan kedai, restoran ini dah lama dibuka sejak tahun 1974 lagi. Masa tu ia terletak di Pantai Puteri sehingga tahun 1994. Kemudian berpindah ke Cheng sehingga tahun 2013 dan akhirnya di sini sampailah sekarang. Memang legend lah.. B-)
Kebiasannya pelanggan di sini juga menantikan ayam golek mereka yang sangat sedap. Kena pula dengan sos, lagi terangkat! Pelanggan boleh memilih sama ada mahu separuh atau seekor ayam yang mahu dihidangkan.
Menu-menu sampingan lain termasuklah ikan bakar, asam pedas, soto dan masakan panas seperti pelbagai jenis mee dan nasi goreng.
Kalau dah cuba mesti licin semua pinggan!
No comments:
Post a Comment